474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri

20 Aug 2023 • 3:50 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata, 339 pegawai melapor diri di hospital, manakala 135 di klinik-klinik kesihatan di negeri Sabah, dan pada masa yang sama 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri Sabah pula telah berpindah keluar dari negeri ini.

Beliau berkata susulan pertambahan pegawai, jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat Sabah ketika ini adalah 1,986 orang.

“Semoga dengan pertambahan ini, perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi,” katanya dalam kenyataan, Sabtu.

SPONSORED CONTENT Daily Express members: Enjoy 1 for 1 signature cocktails and more at Hyatt Centric Kota Kinabalu Kota Kinabalu: DAILY EXPRESS is partnering with Hyatt Centric Kota Kinabalu to offer an exclusive deal for our members. Read more Beliau seterusnya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas komitmen dan keprihatinan bagi memastikan bilangan pegawai perubatan di Sabah dipertingkatkan, selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan negeri.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.