474 pegawai perubatan kontrak dilantik ke jawatan tetap lapor diri di Sabah

19 Aug 2023 • 12:36 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Seramai 474 pegawai perubatan kontrak yang baharu dilantik ke jawatan tetap sebagai pegawai perubatan Gred UD43 telah melaporkan diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.

Pengarah Kesihatan Negeri Sabah Dr Asits Sanna berkata 339 pegawai melapor diri di hospital, manakala 135 di klinik-klinik kesihatan di negeri Sabah, dan pada masa yang sama 103 pegawai perubatan yang bertugas di negeri Sabah pula telah berpindah keluar dari negeri ini.

Beliau berkata susulan pertambahan pegawai, jumlah keseluruhan pegawai perubatan yang berkhidmat Sabah ketika ini adalah 1,986 orang.

“Semoga dengan pertambahan ini, perkhidmatan kesihatan di negeri Sabah bertambah baik dan dapat diperluaskan lagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau seterusnya berterima kasih kepada Kementerian Kesihatan (KKM) atas komitmen dan keprihatinan bagi memastikan bilangan pegawai perubatan di Sabah dipertingkatkan, selaras dengan keperluan perkhidmatan kesihatan negeri. -Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved