Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawan Food tamat

LocalBusiness & Finance
3 Aug 2023 • 9:42 AM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kawan Food tamat

diyana

03/08/2023 - 09:42

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Kontrak Ng Hooi Kai sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kawan Food Bhd telah tamat, justeru jawatan tersebut belum ada pengganti mulai 2 Ogos 2023.

image is not available
Ng Hooi Kai

Syarikat pengeluar makanan sejuk beku tempatan itu mengumumkan perkara berkenaan dalam makluman kepada Bursa Malaysia semalam.

Hooi Kai, 61, telah memulakan peranannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pada 1 Januari 2021.

Beliau mempunyai kepentingan langsung sebanyak 0.019% atau 72,000 saham dalam kumpulan itu.

Pada waktu penulisan, saham Kawan Food turun 3 sen atau 1.7% kepada RM1.79 dengan permodalan pasarannya bernilai RM649 juta. - DagangNews.com