48 hotel, resort di Selangor miliki sijil pengesahan halal

2 Mar 2025 • 6:00 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 2 MAC: Sebanyak 48 hotel dan resort di Selangor memiliki sijil pengesahan halal Malaysia, menurut Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Jais menerusi Facebook menyenaraikan hotel dan resort terbabit khusus bagi memudahkan umat Islam membuat rujukan untuk memilih lokasi berbuka puasa.

Antara hotel dan resort yang memiliki sijil halal sah adalah Acapella Suite Hotel, Shah Alam; Bangi Resort Hotel; Bespoke Hotel, Puchong dan Amverton Cove Golf and Island Resort di Kuala Langat.

Senarai yang dipaparkan adalah setakat 28 Februari lalu dan pengguna boleh membuat semakan premis halal terkini di www.halal.gov.my

Sebelum ini, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) melarang pemilik premis makanan termasuk hotel yang tidak memiliki sijil pengesahan halal menggunakan promosi ‘bufet Ramadan’.

Larangan berkenaan bagi mengelakkan kekeliruan umat Islam selain pengusaha premis makanan berdepan denda RM50,000 atau tidak lebih RM10 juta jika sabit kesalahan.

image is not available
Orang ramai mengunjungi gerai untuk membeli juadah berbuka puasa di bazar Ramadan PKNS, Shah Alam pada 3 April 2022. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved