SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor mengingatkan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) meneruskan usaha membenteras ajaran sesat yang menyeleweng di negeri ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj bertitah selaku ketua agama Islam, Baginda amat memandang serius terhadap pembangunan dan kebajikan umat Islam di negeri ini.
“Jais perlu meningkatkan penganjuran program keagamaan untuk mengukuhkan akidah umat Islam dengan berpandukan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah,” titah Baginda.
Baginda bertitah demikian ketika istiadat menyuarat pertama (pembukaan) persidangan penggal ketiga Dewan Negeri Selangor (DNS) ke-15 di sini, hari ini.

Pada masa sama, Sultan Selangor turut menitahkan Jais mengawasi dan menambah baik sistem sekolah tahfiz.
“Beta mahu keadaan fizikal dan fasliliti bangunan dan asrama tahfiz dilengkapi dengan aspek keselamatan yang diiktiraf.
“Alat pencegah kebakaran juga hendaklah berada dalam keadaan yang baik dan diluluskan oleh pihak bomba. Tahfiz yang tidak berdaftar dan tidak memenuhi syarat hendaklah ditutup,” titah Baginda.
The post Jais diseru terus banteras ajaran sesat, kukuh akidah umat Islam appeared first on Selangorkini.



