49 laporan polis dibuat terhadap DD Chronicle

18 Feb 2024 • 10:08 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Polis mengesahkan pihaknya menerima sebanyak 49 laporan polis yang dibuat di seluruh negara terhadap pempengaruh, DD Chronicle.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, 49 laporan itu adalah sehingga semalam dan jumlahnya dijangka akan bertambah.

Terdahulu, DD Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, menerbitkan video parodi yang didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Dalam video tersebut, Dediy menyatakan perbuatan minum arak dan judi tidak bersalah akan dikenakan hukuman.

Tindakannya itu bukan sahaja mengeruhkan keadaan, malah dibimbangi akan membuatkan orang ramai salah faham mengenai isu tersebut.

Setelah teruk dikecam netizen di media sosial, Dediy tampil memohon maaf dan menyatakan dia tidak berniat untuk berbuat demikian. Malah video parodi itu telah pun dipadamkan.