Lebih 40 laporan polis diterima berhubung isu Dd Chronicle - KPN

18 Feb 2024 • 7:06 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Sejumlah 49 laporan polis dibuat di seluruh negara ke atas pempengaruh media sosial Dd Chronicle, yang membuat video parodi didakwa mempersendakan keputusan mahkamah dalam isu enakmen syariah.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata kesemua laporan polis berkenaan adalah sehingga semalam.

“Kami menjangkakan jumlah laporan polis berhubung perkara itu akan bertambah,” katanya kepada Bernama hari ini.

Baru-baru ini, video berdurasi lebih tiga minit dimuat naik Dd Chronicle atau nama sebenarnya Dediy Sulaeman Ra’e, 43, dikecam netizen kerana didakwa mempersendakan agama dan menghina mahkamah dengan menyatakan perbuatan minum arak dan berjudi tidak akan dikenakan hukuman. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved