49 tan daging babi, ayam RM2.5 juta dirampas

11 Nov 2026 • 12:43 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 49 tan daging babi, ayam RM2.5 juta dirampas

KULAI – Kegiatan sebuah premis penyimpanan dan pemprosesan makanan sejuk beku yang dipercayai beroperasi secara haram sejak kira-kira dua tahun lalu terbongkar apabila Pasukan Gerakan Am (PGA) menyerbu gudang itu di Kawasan Perindustrian Sri Kulai, di sini, semalam.

Serbuan kira-kira pukul 7 pagi itu membawa kepada penahanan sembilan individu termasuk pemilik premis rakyat tempatan, selain merampas 49,048 kilogram (kg) daging babi dan ayam sejuk beku dianggarkan bernilai RM2.5 juta.

Komander Briged Tengah PGA, Senior Asisten Komisioner Awang Arfian Awang Bujang berkata, operasi Op Salju Mega oleh Batalion 5 PGA itu dijalankan hasil risikan selama dua minggu di premis terbabit.

Menurutnya, pemeriksaan bersama Majlis Perbandaran Kulai (MPKu), Pejabat Kesihatan Daerah Kulai dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Johor mendapati premis itu menyimpan serta memproses makanan sejuk beku tanpa lesen berkaitan.

“Hasil pemeriksaan juga mendapati tahap kebersihannya juga tidak memenuhi piawaian ditetapkan.

“Pasukan operasi memeriksa 11 individu dewasa terdiri daripada tiga lelaki warga tempatan serta tujuh lelaki dan seorang wanita warga Myanmar,” katanya pada sidang akhbar di sini.

Beliau berkata, sembilan individu termasuk pemilik premis ditahan, manakala lapan lagi merupakan warga Myanmar yang gagal mengemukakan dokumen perjalanan sah ketika pemeriksaan. Kesemua mereka berusia lingkungan 30 hingga 38 tahun dan dipercayai terlibat dalam kegiatan operasi premis berkenaan.

Siasatan awal mendapati bekalan daging berkenaan diperoleh dari Thailand, China, Brazil dan sumber tempatan sebelum disimpan serta diproses di gudang tersebut. – KOSMO! ONLINE

The post 49 tan daging babi, ayam RM2.5 juta dirampas appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved