Xiaomi CC9e Mungkin Adalah Peranti Android One Baharu – Mi A3 Lite?

2 Jul 2019 • 11:50 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada bulan lepas, Xiaomi telah berkongsi imej rasmi buat siri baru peranti mereka – Xiaomi CC. Peranti yang dilaporkan bakal dilancarkan adalah CC9 dan CC9e. Peranti ini dilihat mempunyai tri-kamera, sensor IR Blaster dan juga binaan kaca. Terkini terdapat butiran lain yang tertiris, yang mana didapati daripada aplikasi penanda aras AIDA64.

image is not available

Peranti Xiaomi CC9e dikatakan akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 665, yang mana adalah yang pertama menggunakan cip ini. Selain itu, peranti ini dilihat mempunyai bateri bersaiz 4030mAh. Tetapi bukan itu sahaja, jika anda teliti pada imej tertiris ini – terdapat kod nama ‘laurel_sprout‘. Bagi yang mengikuti perkembangan Xiaomi, mana-mana peranti dengan nama ‘sprout‘ di belakang bermakna ia adalah peranti Android One. Jadi dengan spesifikasi yang sebegini, ia mungkin adalah Xiaomi Mi A3 Lite?

image is not available

Kemudian, sumber turut mengatakan yang Xiaomi CC9 akan dijana dengan cip pemproses Snapdragon 710 – bukannya Snapdragon 730. Adakah CC9 Xiaomi Mi A3? Kita hanya akan tahu selepas peranti ini dilancarkan hari ini.