4WD Hilang Kawalan Langgar Kerbau, 2 Maut Kereta Dirempuh

4 Jan 2026 • 5:32 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

TANGKAK - Dua wanita termasuk seorang warga emas maut setelah kereta mereka dilanggar pacuan empat roda yang hilang kawalan akibat terlanggar seekor kerbau melintas di KM33 Jalan Kebun Baru-Bukit Serampang, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Tangkak Superintenden Roslan Moha Talib berkata kejadian pada 8.15 malam berlaku selepas Mitsubishi Triton yang hilang kawalan itu masuk ke laluan bertentangan dan melanggar kereta Honda City dinaiki empat sekeluarga.

"Kemalangan menyebabkan penumpang hadapan kereta, iaitu wanita warga emas 74 tahun maut di tempat kejadian manakala pemandu 42 tahun meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tangkak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata dua lagi penumpang kereta dan pemandu pacuan empat roda itu turut cedera dan dibawa ke hospital sama untuk rawatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. - BERNAMA