Penunggang Motosikal Maut Dirempuh Pemandu Di Bawah Pengaruh Ganja

LocalPolitics
31 Dec 2025 • 7:00 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Penunggang motosikal maut selepas dirempuh kereta dipandu seorang lelaki di bawah pengaruh ganja di Kilometer 23, Jalan Seremban- Kuala Pilah, Negeri Sembilan, malam tadi.

Difahamkan, mangsa seorang lelaki yang bekerja sebagai pembantu kedai makan berusia 28 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Muhamad Mustafah Hussin berkata, kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Viva dan motosikal jenis Honda.

"Siasatan awal mendapati, kemalangan dipercayai berlaku ketika Perodua Viva dari arah Seremban menghala ke Felda Keratong, Rompin, Pahang.

"Apabila sampai di tempat kejadian, pemandu kereta dikatakan hilang kawalan dan masuk ke laluan motosikal yang datang dari arah bertentangan," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penunggang motosikal berkenaan dikatakan tidak sempat mengelak lalu berlaku perlanggaran.

"Akibat kemalangan ini, seorang lelaki berumur 28 tahun iaitu penunggang motosikal disahkan maut di lokasi kejadian manakala seorang lelaki berumur 23 tahun iaitu pemandu kereta mengalami kecederaan ringan," katanya.

Jelas beliau, hasil saringan awal air kencing ke atas pemandu kereta mendapati lelaki itu postif dadah jenis THC atau kanabis dan ditahan bagi siasatan lanjut oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Kuala Pilah.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved