
RANAU: Majlis Sambutan Krismas 2024 dan Tahun Baharu 2025 bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kundasang, Karanaan dan Paginatan berlangsung dengan meriah di Dewan Masyarakat Ranau, Ahad.
Majlis itu dihadiri 5,000 orang daripada pelbagai latar belakang, termasuk rakan politik, penduduk tempatan, dan pelancong dari Amerika Syarikat dan Sweden.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({}); Dalam ucapan alu-aluannya, Timbalan Ketua Menteri II, Datuk Seri Dr Joachim Gunsalam merakamkan penghargaan kepada Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) bagi ketiga-tiga DUN atas kejayaan penganjuran majlis tersebut.
Dr Joachim yang juga Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP) hadir bersama isteri, Datin Seri Linda Ewit.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakan majlis ini. Semoga tahun ini lebih baik untuk kita semua,” kata Dr Joachim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kundasang.
Sementara itu, Menteri Kewangan yang juga Adun Karanaan Datuk Seri Haji Masidi Manjun menyeru rakyat Ranau untuk terus bersatu dan bekerja keras membangunkan daerah mereka.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sabah akan maju jika kita semua bersatu dan bekerja keras dalam satu perjuangan,” katanya.
Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri dan Adun Paginatan Datuk Abidin Madingkir turut menekankan kepentingan kerjasama dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Majlis itu turut menyaksikan penyampaian sumbangan kepada pelbagai pihak termasuk rumah ibadat seperti Gereja St Peter Claver, Gereja Masehi Seventh Day Adventhist, Gereja Sidang Injil Borneo, Gereja GPI Ranau, Gereja Anglikan Ranau dan Gereja Basel.
Ini juga termasuk institusi seperti Rumah Anak Yatim Miftahul Ulum Kampung Sosondoton, Minal Lahdi Ihlal Kg Siou, Rumah Anak Yatim Kg Minihas, Tahfiz Haji Dungoi Kundasang, Transit Muallaf Kg Lohan II, Rumah Kanak-Kanak Don Bosco, Persatuan Pegawai Pesara Perkhidmatan Pendidikan Malaysia Cawangan Daerah Ranau ( 5P) dan Persatuan Talasemia Ranau.
Sumbangan itu disampaikan oleh tiga Adun berkenaan sebagai tanda sokongan terhadap usaha pembangunan masyarakat setempat.
Majlis itu turut dimeriahkan dengan persembahan koir dan tarian daripada gereja-gereja yang menerima sumbangan, selain majlis memotong kek sempena hari lahir Dr Joachim bulan ini.
Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Ahli Parlimen Ranau, Datuk Jonathan Yasin, Adun Dipilih, Datuk Amisah Yassin, Pembantu Menteri Pertanian yang juga Adun Tandek, Datuk Hendrus Anding bersama isteri; Setiausaha Tetap Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), Datuk Dr Jamili Nais, Setiausaha Politik KKTP, Datuk Jonnybone Kurum yang juga Adun Telupid dan Yubidi Gumpoyo.

![[VIDEO] 'Berbuih mulut saya, bergabunglah parti tempatan' - Shafie Apdal](https://cdn.newswav.com/img/topic/politics.jpeg)
