
Kota Kinabalu: Hujan lebat tidak menghalang lebih 20,000 orang membanjiri Jalan Tun Fuad Stephen, di sini, bagi menyambut Tahun Baharu 2025 dalam Sambutan Ambang Tahun Baharu Kota Kinabalu (KKCD25), Rabu.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, dan Menteri Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Negeri, Datuk Phoong Jin Zhe, turut hadir menyaksikan acara pertama seumpamanya. HAJIJI, Juliah, Phoong dan yang lain menyertai acara sambutan itu.
AdvertisementAcara bermula jam 4 petang Selasa itu menampilkan lebih 20 artis dari Korea, China, Indonesia, dan tempatan, termasuk Suho (EXO), Firdhaus, Ryan B., Stacy Anam, Hubert Wu, Bella Astillah, Priscilla Abby, Velvet Aduk, Marsha Milan Londoh, Datuk Francis Landong, kumpulan Dadali, Elica Paujin, Dabra Sia, Isobahtos, Soya, Wesley Liew, kumpulan Masmona, Tagap Dance Theatre & D’Steps, dan ramai lagi.
Kemuncak malam itu ialah paparan 1,000 dron dan pertunjukan bunga api yang memukau.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more Phoong dalam sidang media sebelum ini berkata, acara anjuran Kerajaan Negeri dengan kerjasama penaja swasta itu, bertujuan menjadikan Kota Kinabalu destinasi sambutan ambang tahun baharu terkemuka di rantau ini. ORANG ramai tinggal untuk acara sehingga selepas tengah malam.
“Inspirasi diambil daripada acara antarabangsa seperti Taipei 101 dan sambutan Tahun Baharu Sydney.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});‘KKCD25 adalah aspirasi utama Kabinet Sabah untuk meningkatkan aktiviti ekonomi melalui pelancongan domestik dan antarabangsa, sekali gus meletakkan Kota Kinabalu dan Sabah di peta dunia sebagai destinasi mesti dilawati,” katanya.


