5,800 share, resipi ayam goreng berempah tauke katering serdak rangup enak berperisa, ini sukatan untuk seekor

Cooking
7 Nov 2023 • 12:49 PM MYT
SinarPlus
SinarPlus

SinarPlus is a portal based on News, Current Affairs and Lifestyle content

AYAM goreng berempah memang lauk disukai ramai. Sedap dan wangi, jika dijodohkan dengan nasi kukus atau nasi lemak memang ngam.

Nampak sedap dan mengiurkan, masakan ini tidak renyah pun untuk disediakan.

Berpandukan resipi daripada tauke katering, Nazri Mat Zain atau dikenali sebagai Chef Papa, anda boleh menghidangkan menu ala kenduri untuk keluarga. Berikut resipinya:

image is not available

AYAM GORENG BEREMPAH CHEF PAPA

1 ekor ayam (dipotong 20, dibasuh dan tos. Ketepikan)

BAHAN A
5 batang serai (dipotong 1/2 inci)
2 inci halia 2
1 inci lengkuas
2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
1 sudu besar biji ketumbar
1 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih

BAHAN B
1 pek kecil rempah kari
1 pek kecil serbuk cili
Garam, serbuk perasa dan gula secukupnya
2 sudu besar tepung jagung
1 biji telur ayam
Minyak masak untuk menggoreng
Daun kari secukupnya

Langkah penyediaan
1-Blender semua bahan A tetapi jangan terlalu halus.

2-Lepas kisar, tapis dan buang airnya. Tuangkan ke dalam bekas berisi ayam tadi.

image is not available

3-Masukkan pula bahan B iaitu rempah kari, serbuk cili, aram, serbuk perasa dan gula secukupnya.

4-Kemudian masukkan juga tepung jagung dan telur. Gaul sehingga rata.

5-Perap selama setengah jam dan gaul dengan bahan perapan agar sebati. Cukup tempoh, tapis ayam dan ambil ayam dan hampas rempah.

image is not available

6-Panaskan minyak dan goreng ayam tersebut hingga tenggelam.

7-Apabila sudah hampir garing masukkan daun kari.

image is not available

8-Apabila sudah masak angkat bersama daun kari tersebut. Ulang langkah-langkah ini hingga selesai menggoreng.

Selamat mencuba!

Laari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Twitter, Instagram, Threads, YouTube & Tiktok SinarPlus. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi.

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang!