“6 orang makan, RM200!” – Wanita Terkejut Harga ‘Nasi Campur’ Cecah RM 35 Sepinggan!

Entertainment
27 Oct 2023 • 5:38 PM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Nasi campur di gerai atau restoran biasanya menjadi pilihan ramai apabila ingin menikmati hidangan yang sedap, berbaloi dan ‘mesra poket’.

Apa yang pasti, harga nasi berlauk ini memang bergantung kepada jenis lauk pauk yang diambil, kalau ambil banyak jenis lauk, maka jangan terkejutlah kenapa ia akan menjadi mahal.

Pun begitu, baru-baru ini seorang wanita telah berkongsi di Instagram apabila ‘nasi ekonomi’ yang dibeli mencecah harga RM200 di sebuah kedai di Cheras.

image is not available

Menurut Marissa Wong, dia ternyata terkejut dengan harga yang dikenakan iaitu RM200 untuk beberapa jenis lauk seperti telur, terung, ikan dan ayam untuk dia dan 5 orang ahli keluarganya.

Kalau ikut pengiraan kasar, sepinggan mencecah RM33 ringgit!

Menerusi kapsyen video tersebut, Marissa mengatakan makanan tersebut lebih mahal daripada harga makan malam di restoran terkemuka dan sempat berseloroh mungkin chef yang menyediakan makanan di kedai tersebut merupakan graduan universiti terkemuka.

“Nasi campur paling mahal di Cheras, lagi mahal dari makan di hotel”

Tambah Marissa, ini merupakan kali pertama dia mencuba kedai tersebut selepas disyorkan oleh ibu saudaranya dan pada awalnya, dia tidak menyangka hidangan mereka akan semahal itu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marissa Wong (@marissa.wwc)

Menurutnya lagi, dari segi rasa makanan juga mengecewakan. Tidak berbaloi dengan harga yang dibayar walaupun ada ura-ura yang mengatakan pemilik kedai menggunakan bahan segar dan premium.

Sumber : WeirdKaya

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.