5 Ahli Tinggalkan Cube Entertainment, PENTAGON Bakal Bubar?

9 Oct 2023 • 6:01 PM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

image is not available

Apa yang dah jadi ni?

Pada 9 Oktober, Syarikat Cube telah mengesahkan bahawa lima orang ahli kumpulan PENTAGON iaitu Yeo-one, Yan-an, Yuto, Kino dan Woo-seok bakal meninggalkan agensi mereka.

Agensi PENTAGON iaitu Cube Entertainment telah mengeluarkan kenyataan seperti berikut,

Hello, Ini Cube Entertainment.

Buat pertama kali, kami ingin mengucapkan terima kasih kepada UNIVERSE di atas kasih sayang serta sokongan yang mereka berikan kepada PENTAGON.

Kami telah berbincang dengan ahli PENTAGON berkenaan dengan kontrak mereka. Selepas diteliti dan berbincang, kami telah memutuskan untuk menamatkan kontrak eksklusif kami bersama dengan lima orang ahli PENTAGON iaitu Yeo-one, Yan-an, Yuto, Kino dan Woo-seok.

Kami ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Yeo-one, Yan-an, Yuto, Kino dan Woo-seok kerana telah bersama kami selama tujuh tahun. Kami juga akan mendoakan kebahagiaan mereka.

Kami berharap agar anda semua dapat memberikan dorongan dan sokongan anda kepada Yeo-one, Yan-an, Yuto, Kino dan Woo-seok yang bakal memulakan lembaran baru dalam hidup mereka.

Bagaimanapun, agensi masih belum mengeluarkan apa-apa info mengenai aktiviti PENTAGON di masa hadapan.

UNIVERSE semua jangan sedih-sedih okay! Mari doakan yang terbaik untuk mereka.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.