5 Barang Runner Beginner Wajib Ada Tiap Kali Ikuti Event!

SportsHealth & Fitness
18 Sep 2026 • 6:04 PM MYT
Intraday
Intraday

Media Pasaran Kewangan No.1 dalam Bahasa Malaysia

5 Barang Runner Beginner Wajib Ada Tiap Kali Ikuti Event!

Hobi berlari dan jogging kini semakin menjadi pilihan generasi muda yang mahu kekal aktif dan menjaga kesihatan. Dari larian santai di taman hinggalah menyertai acara larian, aktiviti ini semakin mendapat tempat dalam gaya hidup harian.

Tapi untuk berlari dengan lebih selesa, beberapa kelengkapan asas juga penting. Tak semestinya perlu berbelanja besar kerana banyak pilihan mampu milik boleh didapati di pasaran.

Jadi, kalau anda baru nak mula berlari atau memang sudah aktif setiap minggu, ini 5 barang yang boleh dipertimbangkan untuk melengkapkan rutin running tanpa membebankan poket.

1. Kasut Running 361 Degrees

Kasut merupakan antara kelengkapan paling penting untuk runner kerana ia memberi sokongan dan keselesaan ketika berlari.

Antara pilihan bajet ialah kasut running 361 Degrees yang menawarkan material mesh bernafas, cushioning untuk membantu menyerap hentakan serta tapak yang sesuai untuk kegunaan running dan berjalan.

Harga di Shopee bermula sekitar RM70 hingga RM80, bergantung pada model, saiz dan promosi semasa.

2. Redmi Watch 6 Active 

Jam pintar boleh membantu runner memantau aktiviti tanpa perlu sentiasa mengeluarkan telefon ketika berlari.

Redmi Watch 5 Active mempunyai skrin 2 inci, lebih 140 mod sukan, Bluetooth calling, ketahanan air 5ATM dan bateri sehingga 18 hari. Harga pula sekitar RM137 dan ke atas di Shopee, bergantung kepada promosi.

3. QCY T13 Pro

QCY T13 Pro menawarkan Bluetooth 6.0, Hybrid ANC, panggilan lebih jelas dan deep bass. Harga semasa sekitar RM109 selepas voucher dan listing daripada QCY Malaysia Official Store yang mempunyai rating kedai 4.9/5.

Untuk runner, ia sesuai digunakan ketika rehat atau selepas sesi larian. Kalau berlari di jalan raya, elakkan memakai kedua-dua earbud supaya masih boleh dengar bunyi kenderaan dan keadaan sekeliling.

4. Running Belt

Telefon, kunci dan barang kecil boleh menjadi agak mengganggu apabila dimasukkan ke dalam poket ketika berlari.

Running belt boleh menjadi penyelesaian ringkas kerana ia mempunyai ruang untuk menyimpan telefon dan barangan kecil sambil dipakai rapat pada badan. Sesetengah model turut mempunyai bukaan untuk kabel fon telinga.

Harga boleh didapati sekitar RM29, menjadikannya antara aksesori paling murah dalam senarai ini.

5. ELGINI E16118 Quick-Dry Running Shirt

Baju yang ringan dan cepat kering boleh membantu runner kekal lebih selesa, terutama ketika berlari dalam cuaca panas.

ELGINI E16118 menggunakan material quick-dry dan tersedia dalam saiz S hingga XXL. Ia sesuai digunakan untuk running, jogging serta aktiviti outdoor.

Harga di Shopee pula sekitar RM20, manakala kedai turut mempunyai rating sekitar 4.9/5.

.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved