
Kota Kinabalu: Lima orang didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) 2007 dan satu pertuduhan di bawah Akta Imigresen 1959/63 yang berkaitan dengan pertuduhan menyeludup dua wanita Filipina.
Mahkamah tidak merekodkan sebarang pengakuan daripada Michael Pillai, 60, Phoebe Yanoc Indoc, 59, Chuk Tak Bo, 50, Divina Gutierez Sanchez, 45, dan Royhan Abd Mutalif, 33, di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Noor Hafizah Mohd Salim atas kesalahan mereka di bawah Akta Atipsom 2007.
Hakim Noor Hafizah menetapkan 30 Jan 2023 untuk sebutan semula kes dan tiada ikat jamin ditawarkan kepada lima tertuduh itu.
Michael dan Phoebe, seorang warga Filipina, turut didakwa atas pertuduhan bersama menyembunyikan dua mangsa rakyat Filipina dan mempunyai pengetahuan bahawa kedua-duanya didakwa diseludup di sebuah rumah tidak bernombor di Penampang antara 18 Nov pada 10 malam dan 23 Nov.
Pertuduhan di bawah Seksyen 26H Akta Atipsom 2007 dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan itu memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Sementara itu, Chuk yang bekerja sebagai tukang masak, berdepan dua pertuduhan iaitu pada pertuduhan pertama, dia didakwa memberi dua mangsa berkenaan dengan dokumen perjalanan palsu iaitu pasport supaya penyeludupan kedua-dua mangsa berjalan lancar juga di tempat sama, jam 6 pagi pada 23 Nov, 2022.
Kesalahan di bawah Seksyen 26E Akta sama itu membawa hukuman penjara sehingga 15 tahun dan boleh didenda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan kedua, Chuk mengaku tidak bersalah memiliki dua pasport yang didakwa mempunyai pengesahan kemasukan palsu di sebuah rumah di Taman Kendara, Jalan Kepayan/Nosoob jam 10.30 pagi pada 7 Dis, 2022.
Pertuduhan itu termasuk di bawah Seksyen 56(1)(I), boleh dihukum mengikut Seksyen 56(1)(aa), kedua-duanya Akta Imigresen, yang memperuntukkan denda sehingga RM10,000 atau penjara sehingga lima tahun, jika sabit kesalahan.
Divina, rakyat Filipina, didakwa mengendalikan penyeludupan dua mangsa itu di Kota Belud jam 7 malam pada 18 Nov, 2022.
Dia didakwa mengikut Seksyen 26A Akta Atipsom 2007 yang boleh dihukum penjara sehingga 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Bagi Royhan, yang merupakan pemandu kereta e-hailing, didakwa mengangkut kedua-dua mangsa menggunakan pacuan empat roda di Kota Belud jam 7 malam pada 18 Nov 2022.
Kesalahan di bawah Seksyen 26J Akta Atipsom 2007 itu membawa hukuman penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


![[VIDEO] Lipat Duit Masuk Poket, Anggota Polis Trafik Didakwa Terima ‘Duit Kopi’?](https://cdn.newswav.com/img/topic/entertainment.jpeg)