Tabik karakter Toney

30 Dec 2022 • 1:13 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Ivan Toney - Foto AFP

PENGENDALI Brentford, Thomas Frank memuji Ivan Toney apabila penyerang itu terus cemerlang di atas padang ketika dia berdepan pertuduhan FA atas dakwaan melanggar peraturan pertaruhan.

Pemain berusia 26 tahun bulan ini didakwa oleh FA dengan 30 lagi pelanggaran peraturan pertaruhan selepas didakwa melakukan salah laku pada November setelah melanggar peraturan sebanyak 232 kali antara 2017 dan 2021.

“Saya hanya boleh memujinya kerana mentaliti dan perwatakannya. Dia tampil dalam pelbagai cara yang unik di sana.

“Keupayaannya untuk memberikan sepenuh tumpuan dalam permainan diikuti perlawanan seterusnya membuktikan karakternya.

“Dia seorang yang memenuhi peranannya dalam pasukan dan mendorong dan membantu pasukan dengan cara luar biasa,” kata Frank.

Toney menjaringkan gol ketika The Bees melakar keputusan seri 2-2 di tempat sendiri berdepan Tottenham Hotspur pada yang meletakkan Brentford di tangga ke-10 dengan 20 mata daripada 16 perlawanan.

“Bagi mana-mana pemain ia adalah mengenai mencari konsistensi itu, tidak kira apa yang melanda anda. Dari mana anda mencari inspirasi tambahan, motivasi, atau apa sahaja, ia berbeza dari pemain ke pemain.

“Tetapi saya tidak nampak pemain yang lebih bersungguh-sungguh, saya hanya melihat Ivan yang sama yang mahu maju dan menjadi lebih baik setiap hari,” kata Frank.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved