5 Kumpulan AKB48 Berjaya Himpun Lebih 2,000 Peminat Pada Konsert Pertama Di Malaysia

LocalEntertainment
22 Aug 2024 • 6:00 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available

Konsert AKB48 Group Live in KL 2024 - First Cry, baru-baru ini menyaksikan satu malam yang penuh dengan kegembiraan di Zepp Kuala Lumpur.

Lebih daripada 2,000 peminat, termasuk dari Jepun, Thailand, dan Indonesia berkumpul untuk menyaksikan persembahan memukau daripada lima kumpulan yang terdiri daripada AKB48, STU48, Quadlips, JKT48, dan KLP48.

Konsert yang julung kali diadakan di Malaysia ini berjaya menawarkan pengalaman yang luar biasa buat peminat.

image is not available

Sepanjang persembahan lebih daripada tiga jam itu, peminat kelihatan sangat teruja dan menyalakan cahaya glow stick mereka sambal diiringi visual yang menarik.

Bukan itu sahaja, peminat turut bersorak dan sama-sama menyanyikan lagu-lagu popular seperti Catch Me Kiss Me dan Overdrive oleh Quadlips, Ai no Omosa dan Kurayami oleh STU48, Rapsodi dan Fortune Cookie Yang Mencinta oleh JKT48, serta Everyday, Kachuusha dan Koi Tsun Jatta oleh AKB48.

KLP48, yang baru sahaja mengumumkan ahli generasi pertama mereka, memanfaatkan konsert ini untuk membuat debut yang penuh gaya.

image is not available

Mereka mempersembahkan video muzik dan lagu pertama mereka, Heavy Rotation’, dalam bahasa Melayu, serta lagu-lagu dalam bahasa Inggeris, Mandarin, dan Jepun untuk menunjukkan kepelbagaian dan bakat mereka.

Konsert pada malam itu juga menyaksikan Yi Shyan diumumkan sebagai ketua kumpulan dan KLP48 Official Fan Club turut dilancarkan dengan langganan bulanan RM30 yang memberikan akses kepada kandungan eksklusif.

image is not available

Sebagai penutup, kelima-lima kumpulan naik ke pentas bersama untuk menyanyikan lagu ikonik AKB48, Aitakatta.

Selepas persembahan, mereka turut mengadakan sesi berjumpa dengan peminat, bagi memberi peluang kepada peminat mendekati mereka dengan lebih dekat. Boleh bergambar dan berbual mesra.

image is not available

Konsert ini dianjurkan oleh 48 Entertainment dengan sokongan dari iMe Malaysia. Ikuti perkembangan terkini KLP48 dengan mengikuti @klp48_official di TikTok, @KLP48official di Instagram dan Facebook, atau layari https://klp48.my/ – Getaran, 22 Ogos, 2024