5 Maut Selepas Kereta Dirempuh Pemandu 16 Tahun

LocalCars
15 Jan 2025 • 9:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Lima orang maut dalam kemalangan jalan raya yang membabitkan lima kenderaan di Kuching, Sarawak semalam.

Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, empat daripada mangsa yang berumur antara 16 hingga 45 tahun termasuk seorang wanita meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kemalangan di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru itu berlaku apabila kereta yang dipandu remaja itu hilang kawalan lalu terbabas dan memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu kemudian merempuh dua motosikal dan dua kereta di laluan bertentangan itu," katanya dalam kenyataan.

image is not availableimage is not available

Remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu secara melulu dan merbahaya.

Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun dan denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000.