Pandu Kereta Tanpa Lesen & Terbabas, Remaja 16 Tahun Jadi Punca 5 Maut

Entertainment
15 Jan 2025 • 11:42 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Seorang pelajar sekolah dari Sarawak yang berusia 16 tahun didakwa telah memandu kereta hingga menyebabkan satu kemalangan ngeri yang meragut lima nyawa di Jalan Teo Kui Seng-Stutong Baru, Kuching semalam.

Menerusi laporan Kosmo!, pelajar tersebut didapati tidak mempunyai lesen memandu. Menurut Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mohd. Farhan Lee Abdullah, remaja itu mengalami kecederaan di leher akan ditahan sebaik sahaja keluar dari Hospital Umum Sarawak (HUS).

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 iaitu menyebabkan kematian kerana memandu dengan melulu atau membahayakan.”

image is not available

Sebelum ini, Mohd. Farhan menjelaskan bahawa kejadian yang berlaku pada pukul 12.50 tengah hari itu berpunca daripada kereta yang dipandu pelajar terbabit.

Siasatan awal mendapati bahawa kereta terbabit yang datang dari arah Jalan Lapangan Terbang menuju ke Jalan Setia Raja telah hilang kawalan lalu terbabas dan masuk ke arah jalan bersebelahan dan merempuh dua buah kereta serta dua buah motosikal yang datang dari arah bertentangan.

“Akibat kemalangan itu, empat mangsa (tiga lelaki dan seorang perempuan) berumur antara 16 hingga 45 tahun meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang remaja lelaki berusia 16 tahun maut semasa menerima rawatan di zon merah HUS.”

Tambahnya, tiga mangsa yang mengalami kecederaan masih menerima rawatan di unit kecemasan.

Sumber: Kosmo!

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.