5 pasangan beragama Islam dicekup dalam bilik hotel di Johor Bahru, dipercayai berkhalwat

27 Sep 2023 • 10:25 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) semalam menyerbu dan menahan lima pasangan beragama yang disyaki berdua-duaan dalam bilik hotel, di sekitar bandar Johor Bahru.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd. Fared Mohd Khalid berkata, operasi bermula jam 11 malam itu berjaya menahan 10 individu berusia antara 22 hingga 42 tahun.

Lima daripada yang ditahan adalah merupakan warga tempatan, manakala selebihnya merupakan wargan asing.

Kelima-lima pasangan terbabit disyaki sedang berkhalwat dalam sebuah bilik, tanpa sebarang perhubungan sah.

Dalam pada itu, Mohd. Fared menjelaskan, operasi yang dilakukan itu bertujuan mencegah atau menghalang perbuatan maksiat daripada berterusan berlaku di negeri itu.

JAIN bukan sahaja melakukan operasi pada hujung minggu atau musim cuti, malah mereka turut turun ke padang pada hari biasa.

“Kita mahu rakyat khususnya masyarakat beragama Islam di negeri ini sedar bahawa, perlakuan jenayah syariah seperti persetubuhan haram ini amatlah ditegas dan mestilah dijauhi,” katanya.