Hina Agama & Makan Babi, TikToker Islam Dipenjara Dua Tahun

20 Sep 2023 • 6:28 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

TikToker Indonesia beragama Islam, Lina Mukherjee dipenjara dua tahun atas tuduhan menghina agama dan makan babi.

Keputusan itu diputuskan pleh Mahkamah Tinggi Palembang berhubung kes TikToker berkenaan memuat naik video makan kulit makan sambil membaca bismillah.

Sebelum ini, hantaran tersebut berjaya mencetuskan polemik dalam kalangan masyarakat terutama beragama Islam.

TikToker Islam makan babi dipenjara dua tahun

Memetik laporan detik.com, Ketua Majlis Hakim, Roni Sinatra memaklumkan perbuatan TikToker itu telah melanggar undang-undang negara atas konten ‘makan babi’.

Oleh itu, Lina juga dipenjara dua tahun kerana dikatakan sengaja mencari perhatian daripada orang ramai dengan memuat naik kandungan berkenaan di media sosial.

“Seperti yang diputuskan, Lina Mukherjee bersalah kerana memuat naik video yang tidak sepatutnya. Sebagai rakyat Indonesia, Lina seharusnya menjaga sensitiviti masyarakat kita yang majoritinya beragama Islam.
“Sehubungan itu, Lina dikenakan hukuman penjara dua tahun,”ujar Roni.

image is not available

TikToker Islam makan babi kena bayar denda

Lina juga dikendaki membayar denda sebanyak 250 juta rupiah (RM76,316). Sekiranya gagal berbuat demikian, hukuman penjara terhadapnya akan bertambah lagi tiga bulan.

Bukan itu sahaja, malah beberapa barangan milik Lina seperti telefon pintar juga turut disita oleh pihak berkuasa.

image is not available

Lina bagaimanapun menyatakan dirinya akan mempertimbangkan semula mengenai keputusan penjara dua tahun, sama ada mahu mengekalkannya atau membuat rayuan.

“Saya fikir dulu Yang Mulia.
“Saya akan fikir dulu selama satu minggu ini mengenai keputusan tersebut. Saya juga tidak terkejut mendengarnya. Tindakan saya sudah mendapat balasannya,”kata Lina.
image is not available

Sebelum ini, Lina mendedahkan dia memakan hidangan kulit babi atas alasan didorong rasa ingin tahu.

Sumber: detik. com