
Kota Kinabalu: Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor menyampaikan tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Ke Luar Negara Tahun 2024 kepada lima pelajar Sabah di pejabatnya, di Menara Kinabalu, pada Rabu.
Mereka ialah Allen Martin Jumin (Kursus Perubatan - University College Dublin, Ireland), Brenda Chan Yi Lin (Kursus Biokimia - University of Manchester, United Kingdom (UK)), Muhammad Iezhanuddin Ramlin (Kursus Sains Komputer, Northumbria University, UK), Meagan Chin Min Gen (Kursus Undang-Undang, Cardiff University, UK) dan Nurul Sabrina Moh Zakir (Kursus Perubatan Veterinar - Universitas Airlangga, Surabaya, Indonesia).
BKNS Ke Luar Negara ditawarkan kepada anak-anak Sabah yang memperolehi keputusan terbaik untuk melanjutkan pengajian ke luar negara.
Turut hadir Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri, Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif yang juga Exco Pendidikan, Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Sr Safar Untong, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Negeri, Datik Zainudin Aman, Pengarah Bahagian BKNS, Emas Sanjongan Datu Okar dan Ahli Jawatankuasa BKNS.
SPONSORED CONTENT Sinyi Group Founder, Chou Chun-Chi, Wins 2024 Asia Pacific Enterprise Award and Expands Sustainable Tourism Ventures in Sabah, Malaysia Kota Kinabalu: The 2024 Asia Pacific Enterprise Awards, hosted by Enterprise Asia, aims to recognize the most outstanding business leaders and organizations in the Asia-Pacific region. Read more Sementara itu, Hajiji menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (Maritim) Negeri Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, Laksamana Pertama Maritim Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik di pejabatnya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


