Ramai orang nak mula hari dengan makanan yang sihat, tapi tak tahu apa yang betul betul buat kita kenyang lama.
Ada yang makan kuih dulu, lepas sejam dah lapar balik.
Ada yang minum minuman manis, terus mengantuk sebelum waktu rehat.
Sebenarnya untuk elak craving, kita perlukan sarapan yang stabilkan gula dalam darah dan beri tenaga perlahan lahan.
Berikut antara pilihan paling mudah.
Telur rebus atau telur hancur
Protein tinggi. Kenyang lama. Senang siapkan.
Yogurt tanpa gula dengan buah
Gabungan protein dan fiber. Ringan tapi stabilkan tenaga.
Overnight oats tanpa gula
Oat lepaskan tenaga perlahan. Boleh tambah chia untuk lebih kenyang.
Buah rendah kalori seperti epal atau pisang kecil
Untuk orang yang tak selera makan pagi, ini pilihan lembut dan mudah.
Kopi atau teh tanpa gula
Bantu fokus dan naikkan tenaga tanpa naikkan gula mendadak.
Kalau anda bukan jenis yang kuat makan waktu pagi pun tidak mengapa.
Yang penting, bila makan, pastikan pilihan itu beri tenaga dan tidak buat anda cepat lapar semula.
Badam, yogurt, telur, atau buah selalunya lebih baik daripada kuih manis, roti putih atau minuman bergula.
Sarapan bukan perlu mewah.
Cuma perlu bantu anda mulakan hari dengan lebih tenang dan seimbang.
Public Health M'sia (publichealthmalaysia@gmail.com) adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi creator@newswav.com.

![[TERHAD] Tengok Pun Terliur, Marrybrown Bawa ‘Ong’ Dengan Menu Egg-stra Ong](https://cdn.newswav.com/img/topic/food.jpeg)

