5 Taman Eko Rimba Ditutup Mulai 1 November

18 Oct 2022 • 11:12 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Salah satu daripada 5 TER yang akan ditutup ialah Taman Eko Rimba Sungai Tekala. - Gambar oleh Sairien Nafis

KUALA LUMPUR - Lima Taman Eko Rimba (TER) di sekitar Selangor ditutup kepada orang ramai bermula 1 November depan.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) menerusi notis di laman Facebook, memaklumkan penutupan kesemua kawasan rekreasi hutan popular itu sehingga 31 Januari tahun depan.

Berdasarkan notis itu, lima kawasan reaksi terbabit adalah Taman Eko Rimba Sungai Tua, Taman Eko Rimba Sungai Tekala, Taman Eko Rimba Sungai Sendat, Taman Eko Rimba Gunung Nuang dan Taman Eko Rimba Komanwel.

"Penutupan ini sebagai langkah berjaga-jaga kejadian kepala air berikutan musim tengkujuh yang boleh mendatangkan risiko kemalangan kepada para pengunjung," katanya.

image is not available

Sebelum ini, JPNS memaklumkan semua laluan pendakian dan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpan Kekal di negeri itu ditutup kepada pengunjung berikutan musim tengkujuh.

Penutupan itu bermula 1 November ini hingga 31 Januari tahun depan.

Ia sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian atau kemalangan yang tidak diingini. - Getaran, 18 Oktober 2022