Hutan Simpan Di Selangor Ditutup 3 Bulan Dari Aktiviti Hiking Bermula 1 November

17 Oct 2022 • 11:09 AM MYT
Lobak Merah
Lobak Merah

Laman socialtainment #1 di Malaysia. Dapatkan isu-isu terkini setiap hari.

image is not available

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) baru-baru ini telah mengeluarkan notis larangan untuk sebarang aktiviti pendakian atau hiking di dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri tersebut disebabkan musim tengkujuh.

Menerusi kenyataan rasmi jabatan yang dimuatnaik di Facebook minggu lalu, JPNS memaklumkan bahawa semua laluan pendakian serta aktiviti rekreasi di dalam hutan simpanan kekal adalah tidak dibenarkan dan ditutup kepada pengunjung awam.

Notis tersebut juga menyatakan bahawa kesemua HSK akan ditutup 3 bulan, bermula 1 November 2022 (Selasa) sehingga 31 Januari 2023 (Selasa).

image is not available

Tambah JPNS, penutupan tersebut dilakukan sebagai langkah keselamatan dan berjaga-jaga bagi mengelakkan sebarang kejadian mahupun kemalangan yang tidak diingini berlaku berikutan musim tengkujuh nanti.

Difahamkan, penutupan tersebut juga merupakan prosedur rutin yang akan dilakukan setiap tahun semasa musim tengkujuh dimana hujan lebat dijangka turun pada waktu ini setiap tahun.

image is not available

Untuk rekod, terdapat 10 taman eko rimba yang terkenal dalam kalangan pendaki di Selangor seperti Air Terjun Gabai, Sungai Chongkak, Sungai Tua, Taman Rimba Templer, Gunung Nuang, Sungai Sendat, Taman Rimba Ampang, Taman Rimba Kanching, Sungai Tekala dan Taman Rimba Komanwel.

image is not available

Artikel ini diterbitkan dari Lobak Merah.