
“Mereka yang memilih untuk berseorangan sebenarnya sedang belajar meraikan diri sendiri”
Apabila membaca sepintas lalu kata-kata mutiara diatas , pasti ada diantara antara anda yang teringat tentang orang disekeliling ataupun diri sendiri yang telah membuat keputusan untuk memilih berseorangan khususnya dalam jangka masa yang panjang dalam hidup. Keadaan dimana individu membuat keputusan untuk berseorangan dinamakan sebagai “solitude” dalam bahasa Inggrisnya. Ramai individu yang keliru dalam mendefinisikan “solitude” dan “loneliness” sedangkan kedua-dua perkara ini amatlah berbeza. “Solitude” adalah keadaan dimana individu itu sendiri yang memilih untuk bersendirian tetapi “loneliness" adalah keadaan dimana individu bersendiri dan merasa sedih dengan keadaan tersebut.
Adakalanya individu boleh merasakan kesunyian meskipun dikelilingi dengan ramai orang. Namun dalam keadaan “solitude” individu juga boleh merasa kesunyian tetapi kesunyian yang lebih memberikan ketenangan. Dapat disimpulkan beza utama antara "solitude" dan "loneliness" adalah emosi yang terhasil daripada keadaan tersebut yang mana “solitude” menghasilkan emosi yang positif seperti ketenangan, kegembiraan dan kebahagiaan. Berbeza dengan “loneliness” ia menghasilkan emosi yang cenderung negatif seperti kekecewaan, kesedihan dan tekanan . Memandangkan saya telah kongsikan tentang perbezaan kedua-dua keadaan ini, maka saya akan teruskan berkongsi tentang "5 tips mudah bagi meraikan keseorangan ataupun solitude era” anda sesuai dengan tajuk artikel ini. Berikut merupakan tips-tips yang anda boleh praktikkan:
1.Tetapkan matlamat yang ingin dicapai.
- Kadang kala apabila anda terlalu berhubung dengan masyarakat sekeliling, fokus matlamat yang anda cipta seringkali menjurus kepada matlamat yang boleh mendapatkan validasi sosial. Oleh itu, apabila berada dalam solitude era, cuba kenalpasti matlamat diri yang benar-benar ingin anda lakukan bagi mencapai kepuasan diri sendiri dalam semua aspek seperti kerjaya, fesyen, material dan sebagainya. Matlamat yang dicipta seharusnya tidak dipengaruhi oleh mana-mana indivdu lain.
2.Wujudkan persekitaran yang selesa.
- Persekitaran yang dimaksudkan adalah “ruang peribadi” anda. Contohnya, bilik tidur di rumah anda. Cuba wujudkan satu ruang dimana anda dapat melakukan aktiviti yang diminati seperti membaca, menulis, menonton dan sebagainya dalam keadaan yang tenang dan kondusif. Memandangkan dalam solitude era , anda lebih banyak meluangkan masa dengan diri sendiri, maka “ruang peribadi” ini sebenarnya amatlah penting.
3. Bangunkan hobi dan Kemahiran.
- “Solitude era” adalah masa yang terbaik untuk anda mengenalpasti minat dan mencari kemahiran baru. Hal ini demikian kerana, anda mempunyai masa untuk “mengembangkan potensi diri”. Antara hobi yang boleh dilakukan adalah belajar alat muzik, bermain sukan yang diminati atau menghasilkan kraf tangan. Bagi kemahiran pula, antara kemahiran yang boleh dipertimbangkan adalah kemahiran keibubapaan, kemahiran pengurusan kewangan dan sebagainya.
4.Kekal aktif secara fizikal.
- Kurang interaksi sosial bukanlah bermaksud anda tidak boleh keluar untuk memastikan fizikal kekal aktif. Walaupun anda tidak keluar untuk melakukan aktiviti sosial, anda harus tetap menjaga kesihatan tubuh badan dengan melakukan aktiviti fizikal seperti yoga, zumba dan senam aerobik diruang anda sendiri. Aktiviti-aktiviti ini bukan sahaja menjadikan anda sihat malahan dapat membantu anda dalam mengurangkan tekanan emosi.
5. Mulalah menulis jurnal peribadi.
- Menulis jurnal peribadi adalah penting ketika anda berada dalam “solitude era” . Ini kerana individu dalam solitude era selalunya tidak berkongsi tentang apa yang mereka alami dengan orang lain. Oleh itu, jurnal peribadi ini penting untuk anda menyimpan rekod dan menulis tentang perasaan, perkembangan diri dan perancangan hidup anda. Sebenarnya ramai individu yang tidak gemar menulis tentang diri mereka sedangkan dalam waktu berseorangan , perkara yang paling penting adalah mengenal diri sendiri agar anda lebih menyayangi diri sebelum belajar menyayangi orang lain. Oleh itu, jurnal peribadi amat penting untuk membantu anda membuat refleksi diri.
Kesimpulannya, jika anda perhatikan kesemua tips diatas, tips yang saya kemukakan lebih kepada tips untuk meluangkan masa dengan diri anda sendiri sepanjang “solitude era”. Jadi bolehlah anda bersetuju dengan kata-kata mutiara yang telah saya kongsikan sebelum ini iaitu “Mereka yang memilih untuk berseorangan sebenarnya sedang belajar meraikan diri sendiri” memandangkan dalam waktu berseorangan , manusia belajar untuk lebih mengenal , menghargai dan mencintai diri sendiri tanpa pengaruh orang lain.
Syue.Rmz adalah seorang penulis dalam program Newswav Creator, di mana anda boleh berkongsi cerita, meluahkan pandangan anda, atau menjadi wartawan rakyat dan pada masa yang sama mengewangkan kandungan anda & menjangkau jutaan pengguna di Newswav. Log masuk ke creator.newswav.com dan daftar sebagai Newswav Creator sekarang!
Kandungan Pengguna (“User Content” seperti yang ditakrifkan pada Syarat Penggunaan Newswav) di atas termasuk pandangan yang dinyatakan dan media (gambar, video, petikan dan lain-lain) dimuatnaik & diterbitkan oleh pengarang. Newswav adalah platform pengagregatan yang semata-matanya mengehoskan kandungan. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan tentang kandungan karya, hak cipta atau isu lain, sila hubungi Newswav.
