5 Tips untuk Mencegah Penyakit Migrain

Health & Fitness
1 Jul 2022 • 8:00 AM MYT
Duan Deris
Duan Deris

Duan Deris adalah pekebun separuh masa dan penulis bebas di cariblogger.com

image is not available

Photo by Adrian Swancar on Unsplash

Migrain adalah sejenis sakit kepala yang menyerang secara episodik dimana kesakitan sering dirasakan di bahagian-bahagian tertentu terutamanya pada sebelah bahagian kepala pada permulaan dan kemudiannya boleh melarat kedua-dua belah bahagian kepala (Sumber).

Antara gejala-gejala yang kerap terjadi ketika migrain adalah seperti loya, pening, muntah ataupun sensitiviti kepada cahaya, bunyi dan bau. Pencetus migrain adakala berbeza bergantung kepada situasi dan keadaan yang dialami oleh seseorang individu.

Sekiranya anda dapat mengenalpasti pencetus kepada migrain, anda boleh mengurangkan kadar serangan migrain dengan lebih efektif. Selain itu, terdapat juga beberapa cara lain yang boleh dipraktikkan untuk mencegah penyakit migrain.

Berikut adalah beberapa tips untuk mencegah serangan migrain yang boleh anda cuba. Semoga bermanfaat!

1. Kenalpasti dan catat pencetus migrain

Migrain boleh berpunca daripada pemilihan makanan, tekanan emosi, perubahan cuaca, tabiat merokok, bau-bauan, ubat-ubatan, sensitif terhadap cahaya dan macam-macam lagi (Sumber).

Buat sedikit catatan tentang bila dan bagaimana migrain anda menyerang. Dengan mengenalpasti pencetus-pencetus ini, anda boleh belajar dengan lebih lanjut tentang corak serangan migrain yang anda selalu hadapi dan bagaimana cara untuk mengelakkannya.

Sebagai contoh, jika migrain sering berlaku selepas pengambilan dan pemilihan makanan, melalui catatan yang konsisten, anda pasti dapat mengenalpasti jenis makanan pencetus migrain tersebut dengan lebih spesifik. Berdasarkan data yang dikumpul, anda boleh elak makanan tersebut untuk mengurangkan serangan migrain.

2. Kawal pengambilan kafein

Kafein boleh bertindak sebagai pencetus kepada migrain dalam dua situasi. Samada pengambilan kafien ataupun pengurangkan pengambilan kafein (Sumber).

Ini bermaksud, sesetengah individu mungkin boleh mengalami serangan migrain selepas pengambilan kafien atau sesetengah individu yang lain pula mungkin akan menderita kerana migrain sekiranya tidak mengambil kafien yang cukup untuk konsumsi harian.

3. Makan dan minum dengan teratur

Tabiat makan dan minum harus dikawalselia dengan betul dan teliti. Waktu makan yang tidak menentu juga sebenarnya boleh mempengaruhi serangan migrain.

Harus diingatkan bahawa kelaparan dan dehidrasi mungkin boleh menyebabkan migrain. Jadi pastikan anda makan dengan teratur dan minum air yang mencukupi. Tabiat skip waktu makan amat tidak digalakkan.

4. Tidur dengan cukup

Selain faktor berkaitan pemakanan, tidur juga memainkan peranan yang sangat penting. Waktu tidur yang tidak cukup boleh memburukkan lagi gejala-gejala migrain.

Walaubagaimanapun, tabiat tidur terlalu lama juga tidak bagus malah boleh mengeruhkan lagi keaadan. Jadi anda harus berhati-hati dengan waktu tidur anda untuk mencegah serangan migrain.

5. Kurangkan stress dan tekanan

image is not available
Photo by Zac Durant on Unsplash

Kebarangkalian untuk migrain menyerang adalah lebih tinggi apabila anda berada di dalam keadaan stress dan tertekan (Sumber).

Terdapat banyak cara untuk mengurangkan stress, antaranya seperti berzikir, bersenam, bermeditasi, berkebun, meluangkan masa dengan orang tersayang ataupun dengan melakukan apa sahaja yang anda suka. Asalkan stress dan tekanan dapat dikurangkan.


Duan Deris adalah penulis di bawah program Headliner oleh Newswav, sebuah program di mana pencipta kandungan dapat menceritakan kisah unik mereka melalui artikel, pada masa yang sama menjana pendapatan melalui kandungan mereka dalam aplikasi Newswav.
Sila daftar di headliner.newswav.com untuk menjadi penulis kami sekarang!

*Kandungan di atas hanya mewakili pandangan penulis sendiri. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai kandungan karya, hak cipta atau masalah lain, sila hubungi Newswav.