50,783 orang disah terkorban dalam gempa bumi kuat di Turkiye

23 Apr 2023 • 1:30 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

ISTANBUL, 23 APRIL: Seramai 50,783 orang disahkan terkorban dalam dua gempa bumi kuat yang melanda Türkiye awal tahun ini, kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu pada Sabtu.

“Pada masa ini terdapat 297 laporan orang hilang, 86 daripadanya ialah kanak-kanak. Jumlah migran yang terkorban pula seramai 7,302 orang. Pengecaman untuk 985 lagi mangsa masih dijalankan,” kata Soylu.

Beliau berkata sampel DNA telah diambil daripada pemohon dari Idlib, Afrin, Jarablus, Azez dan Mare semasa proses pengecaman.

Soylu berkata proses membersihkan serpihan runtuhan juga sudah hampir selesai yang kebanyakannya di wilayah Hatay.

“Semua bangunan yang akan dirobohkan telah dikosongkan. Dalam tempoh 10 hari, kita akan mula merobohkan bangunan yang rosak teruk,” katanya. – BERNAMA

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved