50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku

4 Aug 2026 • 10:01 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku

50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku

Sebanyak 50 ekor anjing di Pusat Perindustrian Sungai Chua, Kajang didakwa mati selepas termakan makanan yang dicampur racun.

Ahli Majlis Perbandaran Kajang (MPKj), Kwan Say Hong berkata, pengusaha di kawasan berkenaan menawarkan ganjaran sebanyak RM1,000 kepada mana-mana individu yang tampil memberikan bukti bagi membantu mengenal pasti pelaku.

Beliau turut meluahkan rasa marah dan sedih selepas dimaklumkan bahawa kira-kira 50 ekor anjing telah diracun sejak awal Julai lalu.

Image from: 50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku
Kredit: Kwan Say Hong

"Saya berasa marah dan sedih apabila dimaklumkan bahawa sejak awal Julai, kira-kira 50 ekor anjing, termasuk anjing liar serta anjing bertuan yang dipelihara oleh pengusaha setempat, telah mati akibat termakan makanan yang dicampur racun.

"Tidak dinafikan, isu anjing liar yang menimbulkan masalah keselamatan dan kebersihan awam masih merupakan antara aduan tertinggi yang diterima oleh MPKj dan banyak lagi PBT.

"Walau bagaimanapun, seseorang tidak sepatutnya mengambil tindakan sendiri dengan melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang dan tiada apa-apa alasan yang boleh menjustifikasikan sebarang bentuk penganiayaan terhadap haiwan," katanya.

Baca juga:

Menurut Kwan, beliau telah mengadakan pertemuan bersama beberapa pengusaha, pekerja, wakil pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kebajikan haiwan serta pihak pengurusan syarikat kawalan keselamatan yang menjaga kawasan perindustrian berkenaan.

Image from: 50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku
Kredit: Kwan Say Hong
Image from: 50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku
Kredit: Kwan Say Hong

"Selain membincangkan insiden keracunan anjing ini, kita turut berkesempatan bertukar pandangan mengenai langkah-langkah yang boleh dilaksanakan melalui kerjasama semua pihak bagi mengawal populasi anjing liar, menggalakkan pemeliharaan anjing secara bertanggungjawab, serta memupuk kesedaran dalam kalangan pengusaha dan pekerja," katanya.

Tambahnya, pihak pengusaha telah membuat laporan kepada polis dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

"Saya berharap pengusaha, pekerja dan orang awam yang mempunyai bahan bukti, seperti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) atau kamera papan pemuka (dashcam), boleh membantu dalam mengenal pasti identiti pelaku.

"Akta Kebajikan Haiwan 2015 (Akta 772) memperuntukkan kesalahan berkaitan penganiayaan terhadap haiwan, termasuk pemberian racun di bawah Seksyen 31.

"Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak melebihi RM100,000, atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 3 tahun, atau kedua-duanya," ujarnya.

Image from: 50 Ekor Anjing Didakwa Mati Selepas Diracun, Ganjaran RM1,000 Ditawar Jejak Pelaku
Kredit: Kwan Say Hong

Dalam pada itu, Kwan juga mengecam sekeras-kerasnya tindakan kejam terhadap haiwan tersebut.

"Kebijaksanaan dan kemampuan kita sebagai manusia seharusnya dizahirkan melalui usaha mencari penyelesaian yang lebih berperikemanusiaan dan berkesan, bukannya memilih cara yang kejam seperti pemberian racun," katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved