Anjing Diseksa Hingga Mati, Polis Siasat Insiden Tular Di Pelabuhan Klang

31 Jul 2026 • 1:29 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

KUALA LUMPUR - Polis sedang menyiasat satu kejadian dipercayai membabitkan penganiayaan terhadap seekor anjing peliharaan yang didakwa diseksa sebelum mati di Taman Teluk Gedung Indah, Pelabuhan Klang, selepas video insiden itu tular di media sosial.

Rakaman berkenaan dimuat naik menerusi laman Facebook Protect Stray Animal/Animal Alliance bersama salinan laporan polis yang mendakwa kejadian berlaku kira-kira jam 10.50 malam pada 29 Julai lalu.

Menurut laporan polis yang dibuat seorang wanita berusia 42 tahun, dia ternampak sekumpulan remaja berada di hadapan rumahnya sambil memegang rantai yang dipercayai digunakan untuk menangkap anjing.

Katanya, ketika itu tiada anggota pihak berkuasa tempatan (PBT) berada di lokasi, menyebabkan dia berasa curiga sebelum keluar mencari anjing peliharaannya, Rocky, yang ketika itu tidak memakai kolar.

“Sebaik pulang ke rumah, saya mendapati Rocky telah ditangkap oleh kumpulan remaja terbabit dengan tali diikat ketat pada leher sehingga menyebabkan ia sukar bernafas.

"Saya merayu supaya mereka melepaskan Rocky kerana ia adalah anjing peliharaan kami, namun mereka enggan berbuat demikian,” katanya dalam laporan polis.

Wanita itu turut mendakwa jiran memaklumkan bahawa anjing berkenaan dipukul di bahagian kepala menggunakan sebatang besi sebelum akhirnya mati akibat kecederaan yang dialami.

Beliau kini menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap individu yang terlibat dalam kejadian tersebut.

Image from: Anjing Diseksa Hingga Mati, Polis Siasat Insiden Tular Di Pelabuhan Klang

Insiden itu mencetuskan kemarahan orang ramai selepas tular di media sosial dengan tanda pagar #JusticeForRocky, selain disertakan rakaman video dan gambar kejadian.

Dalam hantaran yang dimuat naik, pemilik anjing itu menyifatkan Rocky sebagai sebahagian daripada keluarganya dan mendakwa mereka gagal menyelamatkan haiwan berkenaan walaupun telah merayu agar ia dilepaskan.

Setakat ini, polis belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkembangan siasatan kes berkenaan.

Terdahulu, tular sebuah rakaman menyaksikan seekor anjing didakwa diseksa hingga mati. 

Rakaman itu boleh disaksikan melalui pautan ini https://www.facebook.com/reel/1991392708211377 - Getaran, 31 Julai 2026

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved