500 penduduk gembira Kg Nalaap bukan lagi berstatus setinggan

13 Aug 2023 • 3:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Pertindihan permohonan dan kesukaran mencari sempadan tanah sejak tahun 1996 di antara dua kampung – Naalap dan Mansiang di Menggatal kini berakhir dalam suasana baik dan aman.

Hak tanah diberi kepada Kampung Naalap dan kawasan tanah seluas kira-kira 200 ekar yang menjadi punca rebutan, itu kini sudah mendapat kelulusan untuk diwartakan sebagai Tanah Perkampungan Anak Negeri.

Status baharunya sebagai tanah anak negeri ini kini dinikmati oleh lebih 500 penduduk Kg Naalap yang lega kerana mereka tidak lagi hidup di atas tanah sebagai penduduk setinggan. Mereka merancang untuk mengusahakan tanah itu untuk tujuan pertanian.