500 penerima B40 Pandan Indah terima Bakul Rahmah Merdeka

LocalPolitics
31 Aug 2026 • 12:38 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

500 penerima B40 Pandan Indah terima Bakul Rahmah Merdeka

SHAH ALAM, 31 OGOS: Seramai 500 orang penerima daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di kawasan DUN Pandan Indah menerima penyerahan Bakul Rahmah sempena Program Santunan Kasih dan Serahan Bakul Rahmah Merdeka, semalam.

Ahli Dewan Negeri Pandan Indah Dato' Ir Izham Hashim berkata penerima merupakan penduduk di lokaliti Taman Nirwana, Pandan Jaya dan Kampung Dalam itu menerima bantuan berbentuk keperluan asas seperti beras, minyak masak dan sardin bagi mereka yang memerlukan.

Program berkenaan turut disertai Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz yang bersama-sama menyerahkan Bakul Rahmah kepada penduduk.

Izham berkata program seperti ini akan diteruskan dari semasa ke semasa bagi memastikan kebajikan dan keperluan rakyat terus diberi perhatian, khususnya golongan yang memerlukan.

"Diharap sumbangan ini dapat membantu meringankan beban penerima serta menyemarakkan semangat kemerdekaan dengan nilai kasih sayang dan kepedulian sesama masyarakat," katanya menerusi Facebook.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved