500 sertai sesi libat urus Kuskop

LocalBusiness & Finance
31 Jan 2023 • 4:00 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Seramai 500 usahawan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) menyertai sesi libat urus anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop).

Acara itu diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) di sini, pada Isnin dengan kerjasama Kementerian Pembangunan Perindustrian Sabah dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.

Menterinya, Datuk Ewon Benedick berkata program kementeriannya itu menjadi platform kepada persatuan perniagaan, usahawan dan koperasi memberikan pandangan, input serta maklum balas sekali gus membolehkan kementerian membantu dan memenuhi keperluan usahawan.