51 mangsa banjir berlindung di PPS

10 Dec 2022 • 9:31 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Pasukan APM Hilir Perak melakukan pemantauan di lokasi banjir sekitar Langkap pada Sabtu. - Foto APM

TELUK INTAN - Hujan berterusan menyebabkan 51 penduduk dari Kampung Batu 7, Lorong Mesra, Changkat Jong di sini berlindung di sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) selepas rumah mereka dinaiki air sejak Jumaat.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak memaklumkan, PPS Dewan Sekolah Menengah Abd Rahman Talib, Batu 4 di sini dibuka sekitar jam 8.45 pagi kini menempatkan 10 keluarga yang terjejas.

Hanya sebuah PPS beroperasi di seluruh negeri dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melakukan pemantauan di lokasi sering dinaiki air di sekitar Langkap dan Changkat Jong.

Untuk rekod, PPS sekolah terbabit pernah diaktifkan selama dua minggu bagi menempatkan lebih 100 mangsa sebelum ditutup pada 27 November lalu selepas banjir di kawasan berkenaan mulai surut.

Sementara itu, laporan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) pada Sabtu menunjukkan amaran ribut petir atau hujan lebat dijangka melanda di semua daerah kecuali Bagan Datuk.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved