Banjir: 14 mangsa dipindahkan ke PPS di Melor

9 Dec 2022 • 6:14 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Seramai 14 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melor di Kota Bharu. - Gambar hiasan

KOTA BHARU - Seramai 14 mangsa banjir melibatkan tiga keluarga dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Melor di sini selepas hujan lebat sejak Khamis.

Info Bencana Banjir yang dikemas kini setakat jam 4.21 petang Jumaat merekodkan daripada jumlah berkenaan, sembilan kanak-kanak dan seorang bayi turut dipindahkan.

Sementara itu, paras air di Jambatan Melor, Bachok pada jam 5.30 petang ialah 8.69 meter (m) melebihi paras amaran (8 m).

Selain itu, paras air di Sungai Rantau Panjang Pasir Mas ketika direkodkan pada waktu sama setinggi 8.31 meter manakala Sungai Kelantan di Kuala Krai kini telah melebihi tahap waspada iaitu 20.63 meter.

Jabatan Meteorologi Malaysia sebelum ini meramalkan hujan sangat lebat dan bahaya berlaku di beberapa daerah di Kelantan dan Terengganu dalam tempoh dua hari bermula Jumaat.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved