51 peserta bakal rebut gelaran Unduk Ngadau Kaamatan 2025

22 May 2025 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Sabah Publishing House Sdn Bhd

Kota Kinabalu: Seramai 51 peserta dari seluruh negara bakal berentap merebut gelaran Unduk Ngadau 2025 sempena sambutan Pesta Kaamatan pada 30 dan 31 Mei ini.

Pertandingan berprestij yang kini memasuki edisi ke-65 itu terus kekal relevan sebagai platform mengetengahkan kecantikan, kebijaksanaan serta jati diri wanita Sabah.

Pengerusi Majlis Wanita Pertubuhan Kadazandusun Murut Malaysia (KDCA), Tindarama Datuk Joanna Datuk Kitingan berkata, persiapan rapi telah dilaksanakan menjelang acara kemuncak berkenaan.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});“Keseluruhan jawatankuasa Unduk Ngadau 2025 telah bersedia sepenuhnya bagi memastikan penganjuran kali ini berjalan lancar,” katanya selepas kunjungan hormat kepada Isteri Yang di-Pertua Negeri Sabah, Toh Puan Faridah Tussin, pada Rabu.

Kunjungan tersebut bertujuan memperkenalkan barisan ahli Jawatankuasa Unduk Ngadau 2025 serta menyampaikan undangan rasmi kepada Toh Puan Faridah bagi menghadiri majlis Sodop Pintutunan pada 28 Mei dan acara kemuncak pertandingan akhir pada 31 Mei.

Tambah beliau, pelbagai program menarik diatur sepanjang Minggu Unduk Ngadau yang bermula pada 26 Mei, termasuk acara tradisi Sodop Pintutunan, iaitu penyerahan ‘chest’ kepada peserta yang bakal disempurnakan oleh Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan.

“Pada 27 Mei, peserta akan melawat Muzium Sabah bagi menyelami sejarah dan warisan budaya negeri ini, serta menyertai aktiviti tradisional seperti memalu gong dan penyediaan makanan etnik seperti hinava dan tuhau.

“Sesi petang pula akan mereka akan menyaksikan tayangan pertandingan Culture, Agro-tourism and Nature (CAAN) yang dirasmikan oleh Datuk Joniston Bangkuai,” katanya.

Acara Sodop Unduk Ngadau serta pertandingan busana etnik akan diadakan pada 28 Mei, sebelum acara kemuncak berlangsung pada 31 Mei di Dewan Hongkod Koisaan KDCA.

Sementara itu, Pengerusi Bersama Unduk Ngadau 2025, Dr Mary Gambidau berkata, pertandingan ini terbukti menjadi platform mencungkil bakat wanita muda Sabah dalam pelbagai bidang seperti pelancongan, keusahawanan, pengacaraan dan seni persembahan. Pertandingan ini telah membuka banyak peluang kepada wanita muda untuk melangkah lebih jauh dan mengharumkan nama Sabah di peringkat lebih tinggi,” jelasnya.

Beliau turut memaklumkan bahawa sebanyak 70 meja telah ditempah bagi acara Sodop Unduk Ngadau, namun orang ramai masih berpeluang mendapatkan tiket galeri yang dijual pada harga RM30.