
Kota Kinabalu: Sebanyak 51 rumah setinggan dirobohkan dan enam warga Filipina dipercayai pendatang, ditahan dalam satu operasi di sebuah penempatan di sini, petang Selasa.
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Kasim Muda berkata operasi dilaksanakan Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu itu, turut melibatkan pelbagai agensi termasuk Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB), Jabatan Air Negeri Sabah (JANS), Jabatan Tanah dan Ukur, serta Jabatan Kebajikan Masyarakat.
Beliau berkata pendatang yang ditahan berusia antara 25 hingga 50 tahun, dan akan disiasat di bawah Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 51(c) Akta Imigresen 1959/63.
“Operasi ini akan diteruskan pada masa akan datang, sebagai usaha membanteras jenayah, pendatang, penyalahgunaan dadah dan gejala sosial di daerah Kota Kinabalu,” katanya menerusi kenyataan di sini.
SPONSORED CONTENT Shell awards Sabah LiveWIRE winners Kota Kinabalu: Shell has awarded five enterprises as the state winners of Shell LiveWIRE Malaysia 2024, following the Sabah state finals held at Plaza Shell in Kota Kinabalu. . Read more Kasim turut menasihatkan orang ramai untuk tidak bersekongkol dengan mereka yang terlibat dengan perbuatan jenayah.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
