
SANDAKAN: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia berjaya merampas sebanyak 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu di Pulau Berhala, Ahad malam.
Pengarah Zon Maritim Sandakan Zainudin Mohd Zuki berkata, satu pasukan menemui sebuah bot kargo berdaftar yang terdampar di pesisir pantai Pulau Berhala, pukul 10.20 malam.
“Pemilik dipercayai meninggalkan bot itu setelah menyedari kehadiran anggota penguatkuasa melakukan rondaan di sekitarnya, katanya dalam kenyataan, Isnin.
Pemeriksaan menemukan 30 kotak besar berisi 510 paket minyak masak bersubsidi seberat satu kilogram setiap satu. Barang itu disyaki untuk diseludup keluar ke negara jiran,
SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more Barang yang dirampas, termasuk bot dan enjin sangkutnya dianggaran bernilai kira-kira RM11,000.
Siasatan sedang dilakukan bagi mengesan pemilik bot dan mereka yang terlibat kegiatan penyeludupan itu.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.
