Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi Hampir RM1 Juta Di Sarawak Berjaya Ditumpaskan

12 Feb 2024 • 12:27 PM MYT
I Love Borneo
I Love Borneo

Laman infotainment, gaya hidup dan pelancongan di Borneo

image is not available

Kejadian berlaku di sebuah kapal di perairan Sungai Sarawak

Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi Hampir RM1 Juta Di Sarawak Berjaya Ditumpaskan. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak telah menerima satu kes serahan daripada Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah 5 Kuching, Sarawak yang melibatkan aktiviti penyelewengan minyak diesel bersubsidi.

Pada 11 Februari 2024, pasukan penguatkuasa KPDN Kuching telah menjalankan serbuan bersama PPM di sebuah kapal di perairan Sungai Sarawak.

image is not available
Aktiviti Penyelewengan Minyak Diesel Bersubsidi Hampir RM1 Juta Di Sarawak Berjaya Ditumpaskan

Minyak diesel anggaran 430,000 liter dengan anggaran nilai RM924,500.00

Hasil serbuan, pihak berkuasa telah menyita minyak diesel bersubsidi sebanyak 430,000 liter bernilai RM924,500.00. Dua orang lelaki, seorang warganegara tempatan dan seorang warganegara Myanmar telah ditahan.

Kes disiasat di bawah Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki atau menguasai barang kawalan dalam keadaan mencurigakan. Jika sabit kesalahan, individu boleh didenda sehingga RM5 juta atau dipenjarakan sehingga 5 tahun, manakala pertubuhan perbadanan boleh didenda sehingga RM5 juta.

Siasatan lanjut akan dijalankan untuk mengenal pasti individu dan syarikat yang terlibat dalam aktiviti penyelewengan ini. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti haram ini boleh menghubungi KPDN Sarawak melalui saluran yang disediakan.

Baca juga artikel semasa, di bawah:

https://www.iloveborneo.my/dua-remaja-lemas-sungai-betong

https://www.iloveborneo.my/tular-isu-sorok-kamera-dalam-bekas-pewangi