52 aduan pengguna dakwa petrol campur air di Kedah

LocalCars
20 Oct 2026 • 3:13 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: 52 aduan pengguna dakwa petrol campur air di Kedah

JITRA – Sebanyak 52 aduan pengguna berhubung petrol disyaki bercampur air diterima Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah setakat ini.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, sebanyak 38 sampel minyak daripada stesen terlibat diambil untuk siasatan lanjut.

“Kita menerima sebanyak 52 aduan dan memeriksa 39 stesen minyak terlibat. Sebanyak 38 sampel diambil sebelum dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis.

“Memandangkan perkara ini melibatkan rangkaian bekalan yang luas, kita turut memaklumkan kepada Ibu Pejabat KPDN untuk penyelarasan kerana bekalan berkenaan bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja,” katanya pada sidang akhbar di Stor Penyimpanan Eksibit KPDN Tunjang, dekat sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya turut menerima satu lagi aduan berkaitan perkara tersebut melibatkan sebuah stesen minyak di Alor Setar hari ini sebelum mengarahkan anggotanya ke lokasi untuk mengambil sampel.

Katanya, siasatan kes tersebut berterusan dan KPDN menunggu keputusan makmal sampel tersebut bagi tindakan lanjut lanjut.

“Sebelum ini, jumlah aduan yang diterima agak banyak iaitu sehingga lebih 30 aduan. Bagaimanapun, aduan terkini yang diterima adalah satu iaitu pada hari ini.

“Sebaik sahaja menerima aduan, kita akan terus mengambil sampel tanpa berlengah. Sampel juga tidak diambil di bengkel sebaliknya di punca bekalan bagi mengelakkan sebarang kemungkinan sampel diusik atau diubah,” ujarnya.

Tambahnya, pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes tersebut selepas menerima keputusan daripada Jabatan Kimia. – KOSMO! ONLINE

The post 52 aduan pengguna dakwa petrol campur air di Kedah appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved