Sembunyi 3,383 peket minyak masak di gudang pakaian terpakai

20 Oct 2026 • 10:04 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Sembunyi 3,383 peket minyak masak di gudang pakaian terpakai

SUNGAI PETANI – Taktik menggunakan gudang pakaian terpakai untuk menyembunyikan 3,383 minyak masak peket bersubsidi terbongkar apabila premis di Kawasan Industri Ringan Kemuning, di sini itu diserbu semalam.

Serbuan Ops Tiris 4.0 oleh penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Kedah itu dilakukan kira-kira pukul 2 petang.

Pengarah KPDN negeri, Muhammad Nizam Jamaludin berkata, serbuan dilakukan hasil intipan sejak minggu lalu susulan maklumat orang awam.

“Kita terpaksa menunggu lebih empat jam sebelum pintu premis dibuka oleh dua lelaki berusia 18 dan 26 tahun yang mengaku adik beradik dan anak kepada pemilik premis.

“Hasil pemeriksaan lanjut menemui 3,383 minyak masak peket bersubsidi bernilai RM8,457.50 yang disimpan di dua tempat berasingan di dalam premis,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Katanya, semakan lanjut mendapati kedua-dua lelaki terbabit gagal mengemukakan sebarang lesen atau dokumen sah berkaitan aktiviti penyimpanan dan urus niaga barang kawalan berjadual itu.

“Dua beradik itu ditahan untuk dirakam keterangan bagi mendapat maklumat lanjut termasuk berkaitan berapa lama mereka terlibat dalam kegiatan itu, di mana minyak peket itu diperoleh dan ke mana minyak masak berkenaan diedar,” ujarnya.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana disyaki menjalankan urus niaga barang kawalan berjadual tanpa lesen sah dari pengawal bekalan. – KOSMO! ONLINE

The post Sembunyi 3,383 peket minyak masak di gudang pakaian terpakai appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved