52 finalis bakal berentap gelaran Unduk Ngadau

10 Apr 2026 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Minggu Unduk Ngadau Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2026 (UNK 2026) bakal menghimpunkan 52 finalis dari seluruh negeri ini termasuk yang bermastautin di Semenanjung.

Menurut kenyataan Jawatankuasa UNK 2026, persiapan telah dimulakan seawal Februari lepas dengan pelaksanaan beberapa inisiatif penambahbaikan antara lain pelaksanaan penilaian awal finalis.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan tahap profesionalisme, ketelusan serta kualiti pemilihan peserta,” kata kenyataan itu pada Khamis.

Jawatankuasa itu turut mengumumkan pelantikan Dr Mary Gambidau dari Telupid sebagai Pengerusi UNK 2026 manakala Datuk Joanna Kitingan dilantik sebagai penasihat.

Kenyataan itu turut memaklumkan UNK 2026 diyakini akan terus menggalas peranan signifikan sebagai platform berprestij dalam memelihara, memartabatkan dan melestarikan warisan budaya turun temurun.

“Ia juga memperkasa peranan wanita sebagai penerus tradisi serta memperkukuh identiti dan jati diri masyarakat Sabah di peringkat nasional dan antarabangsa,” kata kenyataan itu.