524 Projek Bilik Darjah Tambahan Bernilai RM668 Juta Dilaksana Seluruh Dunia - Ahmad Maslan

17 Aug 2026 • 1:54 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

524 Projek Bilik Darjah Tambahan Bernilai RM668 Juta Dilaksana Seluruh Dunia - Ahmad Maslan

KUALA NERUS, 17 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 524 projek pembinaan bilik darjah tambahan bagi kemasukan murid tahun satu sesi 2027 dilaksanakan di seluruh negara dengan nilai keseluruhan RM668 juta, kata Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Dr Ahmad Maslan.

Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 517 projek telah menerima Surat Setuju Terima (SST), manakala tiga projek telah disiapkan setakat ini.

"Projek itu melibatkan pembinaan bilik darjah tambahan bagi kemasukan murid tahun satu menggunakan kaedah modular dan Sistem Binaan Berindustri (IBS). Selangor mencatat jumlah tertinggi projek pembinaan bilik darjah tambahan berkenaan dengan 143 projek," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Perdana Projek Siap Mendahului Jadual oleh Jabatan Kerja Raya Negeri Terengganu kepada Kementerian Pendidikan, yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tok Jembal di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata projek berkenaan melibatkan 459 sekolah serta 1,780 bilik darjah terdiri daripada 1,255 bilik darjah perdana dan 525 bilik darjah Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI).

Baca juga:

Beliau berkata Selangor merekodkan jumlah projek tertinggi, iaitu 143, dengan kesemua projek telah menerima SST, diikuti Kedah sebanyak 93 projek dengan 92 projek menerima SST, manakala Johor merekodkan 47 projek dengan 45 projek telah menerima SST.

"Bagi Terengganu pula sebanyak 45 projek dan kesemuanya telah menerima SST. Pulau Pinang mencatatkan 30 projek dan kesemuanya telah menerima SST, diikuti Perak sebanyak 22 projek dengan 18 menerima SST.

"Selain itu, Pahang merekodkan 50 projek, Melaka (69), Kelantan (10), Perlis (lapan), Wilayah Persekutuan Labuan (tiga), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan masing-masing dua projek,” katanya.

Ahmad berkata jumlah projek yang menerima SST masing-masing adalah selaras dengan keseluruhan jumlah projek yang diperuntukkan.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved