54 orang masih terjejas banjir di Sabah

16 Feb 2025 • 10:52 AM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KOTA KINABALU: Mangsa banjir di Sabah kekal 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara di Kinabatangan.

“Trend pemindahan pagi ini kekal dan dua kampung masih terjejas banjir di Kinabatangan,” menurut jawatankuasa itu.