Banjir di Sabah: Hanya 13 keluarga masih berlindung di PPS setakat 8 pagi

16 Feb 2025 • 9:20 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

KOTA KINABALU, 16 FEB: Mangsa banjir di Sabah kekal 54 orang daripada 13 keluarga setakat 8 pagi ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah dalam kenyataan memaklumkan mereka berlindung di satu pusat pemindahan sementara di Kinabatangan.

“Trend pemindahan pagi ini kekal dan dua kampung masih terjejas banjir di Kinabatangan,” menurut jawatankuasa itu.

— BERNAMA