55 maut, 156 cedera susulan serangan Israel ke atas Lubnan dalam tempoh 24 jam

2 Oct 2024 • 11:56 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

BEIRUT, 2 OKT: Lima puluh lima orang terbunuh dan 156 lagi cedera dalam serangan udara Israel ke atas Lubnan dalam tempoh 24 jam lepas, menurut Kementerian Kesihatan Lubnan.

Menurut Kementerian Kesihatan, 11 daripada kematian itu dilaporkan di daerah Baalbek-Hermel, 22 di Kawasan Pentadbiran Nabatieh, masing-masing tiga di Beirut dan Gunung Lubnan, dan 16 di Kawasan Pentadbiran Selatan.

Sejak 23 September, tentera Israel telah melancarkan serangan udara intensif yang belum pernah berlaku ke atas Lubnan.

Sejak 8 Oktober 2023, Hizbullah dan tentera Israel telah saling berbalas serangan di sempadan Lubnan-Israel di tengah-tengah kebimbangan konflik lebih meluas ketika konflik antara Hamas dan Israel berterusan di Semenanjung Gaza.

– BERNAMA-XINHUA

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved