56 kontena dijadikan rumah kongsi, tempat simpan barang terbakar

24 Jul 2024 • 1:34 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
56 kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju terbakar.

image is not available
Anggota Bomba dan Penyelamat sedang memadamkan kebakaran kontena di Wangsa Maju pada Rabu.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 56 unit kontena yang dijadikan sebagai rumah kongsi di Wangsa Maju di sini, musnah terbakar pada Rabu.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Wangsa Maju, Timbalan Penguasa Bomba II, M Letchumanan berkata, Pusat Gerakan Operasi Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan pada jam 9.08 pagi.

"Seramai 21 anggota dan pegawai bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wangsa Maju, BBP Jalan Tun Razak dan BBP Keramat bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Letchumanan berkata, setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian terdapat kebakaran melibatkan rumah kongsi jenis kontena serta tempat simpanan barangan pekerjaan.

**media[2737946]**

"Tindakan operasi pemadaman dengan menggunakan kaedah pemadaman secara 'offensive dan defensive' untuk mengawal kebakaran daripada merebak ke bangunan berhampiran.

"Kebakaran tersebut turut melibatkan 56 unit kontena terbakar 100 peratus," katanya.

Beliau berkata, kebakaran dapat dikawal pada jam 10.27 pagi dan berjaya dipadamkan sepenuhnya pada jam 12:02 tengah hari.

"Tiada mangsa yang terlibat semasa kebakaran. Punca kebakaran masih dalam siasatan unit penyiasatan kebakaran," katanya.